Pages

Pati perfume haruman Inspirasi. Adunan teliti menerbitkan aroma berkualiti. Semerbak bau-bauan setara jenama antarabangsa terkini. Ketulenan patinya, rahsia keharuman sepanjang hari. Tanpa alkohol, tanpa pencairan.

Munif Hijjaz, Simbol Tanpa Keraguan.

Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan Menjelma Lagi

4 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan, bulan mulia, bulan penghulu segala bulan, bulan yang dilimpahi dengan kebahagiaan dan kasih sayang. Ramadhan yang pada Nya terdapat satu malam yang sungguh agung yang lebih baik dari seribu bulan, ramadhan juga merupakan bulan untuk seseorang mensuci hati daripada kekotoran maksiat serta kealpaan, ianya merupakan bulan berkat, bulan yang awalnya rahmat pertengahanya pengampunan dan akhirnya selamat dari api neraka.

Ramadhan bulan ibadah, bulan kebajikan, bulan al-quran.. bukan bulan untuk makan dan minum secara bermewah , bukan bulan untuk bersantai, bukan untuk tidur, bukan untuk berperap tanpa melakukan sebarang kerja ibadah.. bahkan ianya merupakan bulan zuhud yakni menyekat nafsu daripada mendapat kemewahan dan keseronokan berlebihan.

Tanamkanlah azam dalam hati, kita ingin mengikuti jejak langkah nabi Muhammad yang pernah melalui ranjau berduri selama dua bulan dapur rumahnya tidak berasap kerana ketiadaan makanan. Baginda pada hari kebisaanya hanya makan sembilan suapan pada pagi dan Sembilan suapan pada petangya, itu sahaja.. tidak lebih dari itu.., ingatlah firman Allah yang bermaksud: “tiadalah kehidupan dunia ini kecuali hanyalah keseronokan yang tipu daya”.

Janganlah kita sibukan diri kita dengan memikirkan ‘makanan apa yang hendak dimakan waktu berbuka..’, bahkan fikirkanlah ‘masjid manakah atau surau manakah bakal kita hadir untuk mendengar syarahan agama dan solat tarawih,marilah kita sama-sama saling nasihat menasihati sesame kita agar meninggalkan sikap bermewah-mewah kerana makan secara bermewah dengan hidangan lauk yang melebihi dua atau tiga masakan setiap hari adalah perbuatan yang tiada kebakaikannya malah bertentangan dengan dengan cara hidup para nabi, sebagaimana dinyatakan dalam satu hadis yang bermaksud “ beringatlah dirimu daripada bermewah-mewah, sesungguhnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Chat

Comments

Followers