Dikesempatan pagi yang mulia ini saya ingin mungucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1432 Hijrah. Sekarang ini kita berada pada hari pertama bulan mulia, bulan yang dirindui, bulan yang dibuat janji untuk mentaati Allah sebanyak-banyaknya, bulan yang amat sesuai untuk kita menambah bekalan serta mengharap keredhoan Allah.
Ramadhon merupakan penghulu segala bulan, ia adalah bulan yang dipenuhi dan dilimpahi dengan segala keharmonian. Di dalamnya terdapat satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qodar yang dinantikan. Ramadhon adalah bulan penyucian jiwa dari kesalahan dan dosa-dosa, bulan yang penuh keberkatan, bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya selamat dari
api neraka.
Ramadhon adalah bulan untuk menggiatkan amal ibadah, bantuan, memberi makan kepada yang memerlukan, bulan membaca Al-Quran, beri’tikaf di masjid, bukan bulan untuk bersantai, tidur banyak, malas, makan makanan yang enak lagi mewah tetapi Ramadhon adalah bulan zuhud iaitu bulan untuk mengajar dan menyekat hawa nafsu daripada memenuhi keinginannya kepada kelazatan yang memukau.
Kawan-kawanku...
Tanamkanlah azam dalam hatimu pada bulan Ramadhon ini untuk mengikuti jejak langkah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang pernah menempuhi kesusahan selama berbulan dapur rumahnya tidak berasap dan apabila beliau makan pada selain bulan ramadhon beliau hanya makan sembilan suapan pada paginya dan sembilan lagi pada petangnya, tidak lebih dari itu. Ingatlah selalu firman Allah ta’ala yang bermaksud: “Tiadalah kehidupan dunia ini kecuali kesenangan yang memperdayakan.” [surah aali’imran: 185]
Janganlah penuhi fikiran kita dengan memikirkan makanan apakah yang kita nak jadikan hidangan berbuka, tetapi fikirkanlah “masjid manakah yang kita akan hadiri... marilah kita sama-sama berpesan-pesanan meninggalkan amalan bermewah-mewah kerana merutimkan hidangan makanan mewah setiap hari tidak mendatangkan kebaikan kerana itu bukanlah cara hidup para wali dan nabi-nabi.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: awasilah dirimu daripada bermewah-mewah kerana para-para nabi bukanlah hidup dengan bermewah-mewah. Rasulullah pada kebanyakan harinya hanya makan tamar beserta air sahaja dan kadang-kadang roti bersama kuah itupun jarang-jarang.
Pati perfume haruman Inspirasi. Adunan teliti menerbitkan aroma berkualiti. Semerbak bau-bauan setara jenama antarabangsa terkini. Ketulenan patinya, rahsia keharuman sepanjang hari. Tanpa alkohol, tanpa pencairan.
Munif Hijjaz, Simbol Tanpa Keraguan.
Munif Hijjaz, Simbol Tanpa Keraguan.
Monday, August 01, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
SET 1 IN 1 (8ML X 1) 6 Haruman Lelaki M1 : Calvin Klein - C.K One M2 : Chanel - Allure Men M3 : Dunhill - Desire Red M4 : Giorgio ...
-
Haruman minyak wangi Munif Hijjaz ini mempunyai 24 jenis haruman yang setara dengan minyak wangi antarabangsa! 100% ketulenan patinya dia...
-
1) M4-Inspired by Giorgio Armani Acqua Di Gio 2) In Stock Today 3) Alcohol Free Perfume Oil 4) 8ML 5) Price: RM22.00
-
Dikesempatan pagi yang mulia ini saya ingin mungucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1432 Hijrah . Sekarang ini kita berada pada ha...
-
1) W3-Inspired by Calvin Klein Euphora 2) In Stock Today 3) Alcohol Free Perfume Oil 4) 8ML 5) Price: RM 22.00
-
1) M1-Inspired by Calvin Klein C. K One 2) In Stock Today 3) Alcohol Free Perfume Oil 4) 8ML 5) Price: RM 22.00
-
1) M6-Inspired by Polo Polo Black 2) In Stock Today 3) Alcohol Free Perfume Oil 4) 8ML 5) Price: RM 22.00
-
1) W2-Inspired by Body Shop Apple Blossom 2) In Stock Today 3) Alcohol Free Perfume Oil 4) 8ML 5) Price: RM 22.00
-
1) M3-Inspired by Dunhill Desire Red 2) In Stock Today 3) Alcohol Free Perfume Oil 4) 8ML 5) Price RM 22.00
-
4 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan, bulan mulia, bulan penghulu segala bulan, bulan yang dilimpahi dengan kebahagiaan dan kasih ...
No comments:
Post a Comment